Keputusan Permulaan Bancian Banci_Penduduk_dan_Perumahan_Malaysia_2010

Pada hari Rabu 22 Disember 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan keputusan awal / permulaan bancian penduduk dan perumahan Malaysia 2010. Ia merangkumi maklumat awalan bilangan penduduk, isi rumah dan tempat kediaman bagi Malaysia mengikut negeri dan daerah pentadbiran.

Keputusan permulaan adalah seperti berikut:

PenyataanSkopJumlah AngkaPeratusanNisbah
Bilangan PendudukSeluruh Malaysia27,565,8212.17%
Jantina (Seluruh Malaysia)Lelaki14,112,667105
Perempuan13,453,154100
Isi RumahSeluruh Malaysia6,396,174
Tempat KediamanSeluruh Malaysia7,380,865
Negeri penduduk tertinggiSelangor5,411,32419.63% daripada keseluruhan penduduk di Malaysia

Purata peratusan kadar pertumbuhan penduduk tahunan di seluruh Malaysia telah menurun kepada 2.17% dalam tempoh 2000–2010 berbanding dengan 2.60% bagi 1991-2000 dan 2.64% bagi 1980-1991.